Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandhahlawy
Bintang terlihat indah terang,
Saat dirimu datang, Kau datang dengan harapan berjuang, Namun kau ditolak dan dianggap dagang, Disaat umat dalam kerosakan bukan kepalang, Kau menangis rintih namun tetap tidak tenang, Bagimu tiada rehat tiada masa lapang, Dalam benakmu tertanam harapan menjulang, Iaitu Islam yang dibawa rasulullah kembali pulang, Walaupun ramai yang pincang, Namun dia tetap teguh berjuang, Inilah dia akhir zaman masa untuk turun padang, Tentera Mahdi yang dibantu tentera Tamim bakal menang gemilang!
Apakah itu banu Tamim?
beberapa hadis berkenaan pemuda banu tamim :-
1)Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku bani Tamim yang datang dari Timur.”
2)Sabda
Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan
pengikutnya benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya
kepada al-Mahdi.”
3) Sabda
Nabi SAW, “akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu
mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahnya.”
(Ibnu Majah)
4)Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda(Ali) yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari Bani Tamim(dari keturunan Abu Bakar), dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Siapa itu Abu Bakar dan apakah benar dia dari Bani Tamim?
Abu
Bakar (bahasa Arab: أبو بكر الصديق, Abu Bakr ash-Shiddiq) (lahir: 572M –
wafat: 23 Ogos 634M/21 Jumadil Akhir 13 H) termasuk di antara mereka
yang paling awal memeluk Islam. Setelah Nabi Muhammad wafat, Abu Bakar
menjadi khalifah Islam yang pertama pada tahun 632 M hingga tahun 634 M.
Lahir dengan nama Abdullah bin Abi Quhafah(nama sebenar beliau), ia
adalah satu diantara empat khalifah yang diberi gelar Khulafaur Rasyidin
atau khalifah yang diberi petunjuk.
Nasab keturunan Abu Bakar r.a
Abu
Bakar Ash-Shidiq atau Nama lengkapnya adalah ‘Abd Allah ibn ‘Utsman(Abu
Quhafah) bin Amir bi Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin
Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr al-Quraishi at-Tamimi‘. Bertemu nasabnya dengan nabi SAW pada moyangnya Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai.
Dan
ibu dari abu Bakar adalah Ummu al-Khair salma binti Shakhr bin Amir bin
Ka’ab bin Sa’ad bin Taim yang berarti ayah dan ibunya sama-sama dari
kabilah bani Taim yakni mahsyur digelar Tamim.
Bukti lain menunjukkan Abu Bakar dari Banu Tamim
Aku
teringat sebuah kisah yang setiap kali aku teringat,aku akan
menangis,kisah ini diceritakan dalam kitab Fadhilat Amal dan juga
terdapat dalam kitab-kitab lain iaitu dari riwayat Ali r.a.Dan kisahnya
begini,
Ali bin Abi Thalib pernah bertanya kepada para sahabat ketika beliau memgang kuasa khalifah,
“Siapakah orang yg paling berani?”
jawab mereka,
“Engkau wahai Amirul Mukminin”
kemudian Ali berkata lagi,
” TIDAK! Orang yang paling berani adalah Abu Bakar As – Siddiq.
Demi
Allah, aku pernah melihat Nabi Muhammad dikelilingi sekumpulan kaum
kafir Quraisy yg sedang menarik dan mencemuh baginda ketika berdakwah di
hadapan Kaabah, Sementara itu kami mengintip dari jauh.
Kemudian
datanglah Abu Bakar menerpa orang-orang kafir tadi dan menghalang
mereka menyakiti Rasulullah,beliau sangat kuat dan menolak semua orang
disitu lalu berkata,
” Apakah engkau hendak membunuh org yg mengatakan Rabbku adalah Allah!?”
mendengarkan hal itu, mereka meninggalkan Rasulullah dan menerpa Abu Bakar.
Kemudian
Uqbah bin Abu Mu’ith datang, Abu Bakar di hentak ke tanah dan dibelasah
teruk.Uqbah lantas membaling sandal dan memukul wajah Abu Bakar dgn
sandal terus menerus sehinggakan wajah Abu Bakar jadi bengkak sampai tak
boleh nak ketahui lagi bentuk hidungnya.Mengalir darah dr wajah Abu
Bakar lalu pengsan!
Sejurus itu datanglah kabilah dari Bani Tamim.Mereka
menjerit bahawa jika Abu Bakar mati,mereka akan isytiharkan perang!Dan
Uqbah orang pertama akan dibunuh kerana dia yang paling banyak memukul
beliau.(Bani Tamim punyai ramai pahlawan handal dan ditakuti kabilah
Arab).
Mereka membawanya ke rumah dan menyangka Abu Bakar tidak akan mampu di selamatkan lagi.

Mereka berkata kepada ibunya, “Jika dia terjaga dan masih hidup, maka berilah dia makan dan minum”
Setelah beberapa lama beliau koma,lalu beliau tersedar,dan kalimat pertama yg keluar dari lisan Abu Bakar adalah,
“Bagaimana keadaan Rasulullah?”
T_T cukup lah..aku tak mampu cerita lagi..sampai sini pun aku sudah menangis.
Jadi jelas bahawa banu Tamim adalah banu kepada Abu bakar r.a.
Aku
juga teringat satu lagi kisah riwayat Abu Bakar sendiri yang pernah
menceritakan pengislamannya kepada Ibnu Mas’ud,dan ini untuk tambahan
dan penguat bahawa dia memang dari Bani Tamim.
Katanya, “Aku
pernah ke Yaman dan berjumpa dengan seorang tua.Dia rajin membaca kitab
dan telah mengajar banyak murid.Lalu dia berkata kepada ku:
Orang Tua : Saya rasa tuan datang dari Tanah Haram(Makkah)
Abu Bakar : Benar
Orang Tua : Apakah tuan berbangsa Quraisy?
Abu Bakar : Benar
Orang Tua : Apa yang saya lihat,Tuan ini dari keluarga Bani Tamim?
Abu Bakar : Benar
Orang
Tua : Ada satu perkara yang ingin saya tanyakan kepada tuan iaitu jika
tuan tidak keberatan,benarkan saya melihat perut tuan.
Abu Bakar : Saya tidak benarkan selagi tuan tidak perjelaskan niat sebenar tuan kepada ku.
Orang
Tua : Sesungguhnya,menurut ilmu yang ada padaku,seorang Nabi Allah akan
diutuskan di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh 2 orang sahabatnya
yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur.Sahabatnya
yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi
pelindungnya dalam kesusahan.Sementara yang separuh umur itu putih
kulitnya dan berbadan kurus,ada tahi lalat di perutnya dan ada sesuatu
tanda di paha kirinya.Apakah sudi tuan memperlihatkannya kepadaku.
Lalu Abu Bakar membuka bajunya dan memperlihatkan tahi lalat di perutnya.
Orang Tua : Demi Tuhan yang menguasai Kaabah,tuanlah orangnya!”
Jadi
jelas sekali tanpa ragu bahawa beliau adalah pemuda Tamim dan pembantu
Rasulullah ketika hidupnya dan anak cucunya pembantu anak cucu
Rasulullah iaitu Imam Mahdi.
Kenapa Banu Tamim datang dari Timur bukan dari negara Arab?
Tanah
arab atau kita gelar sebagai Hijjaz memang didiami oleh keluarga
Rasulullah,keluarga para Sahabat dan orang Quraisy sejak zaman
Rasulullah hinggalah Allah datangkan fitnah dajjal yakni tentera
Wahabi/Salafi yang membunuh dan mengusir keluarga Rasulullah dan bani
Tamim dari Hijjaz.
Bani
Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh
pemerintahan Bani Saud al-Wahhabi yang kini memerintah di Arab Saudi
seperti yang telah ku ulang beberapa kali di post sebelum ini. Banyak
pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari
tanah tumpah darah mereka,yaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari
menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi.
Pengusiran
keluarga Nabi dan orang Quraisy oleh tentera Dajjal(Wahabi) ini telah
dirakamkan dalam hadis Rasulullah saw yang berbunyi,
Dari
Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW,
tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila
terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata
dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat
pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami
Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum
kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak
sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama
mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak
diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu
diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima
sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum
kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya
bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat
menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di
atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”(Ibnu Majah)
Jadi
jelas sekali ia telah berlaku dan Imam Mahdi serta pengikutnya serta
pemuda Banu Tamim akan menguasai semula Mekah dan menghalau puak-puak
Wahabi/Salafi dan Bani Sa’ud yang memegang pemerintahan Mekah pada masa
ini.
Bahkan
jika dilihat secara logik,ahli keluarga Rasulullah seperti Habib Umar
di Yaman dan keluarga bani Tamim dari Khandahlawi,India adalah pemegang
kuat fahaman Tasawwuf dan Tareqat yang diharamkan Wahabi dan ada yang
menghukum kafir kepada pengamal ilmu Tasawuf seperti Maulana Zakariyya
Khandahlawi At-Tamimi merupakan syeikh besar dalam Tareqat Chisty yang
juga merangkap Tareqat yang aku amalkan di bawah sanad murid beliau.
Keluarga
Nabi dan Tamim ini diusir dan mereka bertebaran di seluruh dunia.Ada
yang lari ke India,Yaman,dan banyak pula yang menetap di
Nusantara.Tambahan lagi,para Habib,ulama Yaman(keluarga Rasulullah) dan
ulama Deobandi,India(keluarga Tamim) adalah ulama yang terkenal dengan
pengamalan tradisi mereka yang mengekalkan sistem pengajaran secara
Madrasah(cara yang paling mendekati Rasulullah),bukan Universiti yang
mendekati cara Yahudi.
Mereka
juga ulama yang paling kuat berpegang kepada Sunnah Rasulullah
berbanding ulama tempat lain yang tidak mahu beramal dengan Sunnah Nabi
atas alasan ‘Strategi Dakwah’,mereka tidak mahu
bercelak,berserban,berjubah dan lebih selesa memakai kot hitam seperti
Rabbi Yahudi,lihat saja ulama-ulama muda zaman ini yang sangat cintakan
budaya Yahudi sambil melaungkan,
‘Iman bukan pada pakaian’
Sedangkan
jelas sekali bahawa Imam Mahdi dan pengikutnya itu bukan pemakai kot
dan bersongkok seperti Imam Muda TV9 atau pemakai baju ‘Muslimin United’
atau ‘Islam inside’ seperti ikhwah-ikhwah usrah,bukan juga berbaju
Melayu seperti orang Melayu tapi mereka berjubah,berserban dan
berselendang seperti Nabi mereka.
Aku tinggalkan persoalan itu untuk kalian yang mempunyai AKAL untuk berfikir……
Selain
daripada Hadis,dikatakan juga pemuda Tamim nanti memakai serban
biru.Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali
saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau
yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama
fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai
pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru,hitam
atau hijau.
Pernyataan
ini bukan datang dari hadis Nabi SAW atau dari tabiin, tetapi datang
dari ramalan Nostradamus, seorang peramal bangsa Perancis yang terkenal
itu. Oleh itu, ramalan beliau ini boleh dijadikan sebagai sumber
tambahan saja, bukan untuk dipercayai, apalagi untuk diyakini, walaupun
MUNGKIN benar kerana tidak bercanggahan dengan apa yang nabi ceritakan.
Siapa pula Maulana Ilyas Khandahlawi?
Perlu diketahui bahawa pemula gerakan Islam terbesar dalam dunia ini dimulakan oleh seorang lelaki dari TIMUR bumi dan berketurunan BANI TAMIM iaitu Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy.
Beliau
lahir pada tahun 1303 Hijrah (1886 M) di perkampungan Kandahlah di
kawasan Muzhafar Nagar, Uttar Pradesh, India.Ayahnya bernama Syaikh
Ismail dan ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana
Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat
warak,semua ahli keluarganya dari keturunannya adalah Ulama dan para
Huffaz Al-Quran.
Maulana
Muhammad Ilyas Al-Kandhahlawy juga adalah daripada keturunan Hazrat Abu
Bakar as-Siddiq r.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Maulana Muhammad
Ilyas pertama kali belajar agama pada abangnya Syaikh Muhammad Yahya,
beliau adalah seorang guru agama di madrasah di kota kelahirannya.
Abangnya adalah seorang pengikut mazhab Hanafi dan sahabat daripada
seorang ulama dan penulis Islam terkenal, Syaikh Abul Hasan Al-Hasani
An-Nadwi yang merupakan seorang pengarah kepada lembaga Dar Al-‘Ulum di
Lucknow, India.
Pada
suatu ketika saudara keduanya, iaitu Maulana Muhammad Yahya pergi
belajar kepada seorang alim besar dan pembaharu yang ternama yakni
Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan Saharanpur,Uttar
Pradesh,India(Alhamdulillah aku telah sampai ke situ pada tahun 2009
dan Insyaallah aku akan ceritakan pengalamanku disana).
Maulana
Muhammad Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu tasawuf
dengan bimbingan Syaikh Rasyid Ganggohi. Hal ini pula yang membuat
Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada Syaikh Rasyid
sebagaimana abangnya. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan untuk belajar
agama menyertai abangnya di Gangoh.
Setelah menyelesaikan pelajaran Hadis Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari, dan dalam jangka waktu empat bulan beliau sudah menyelesaikan Kutubus Sittah(6 kitab Hadis yang Sahih iaitu Bukhari,Muslim,Tirmizi,Abu Daud,Ibn Majah,Nasa’I) .
Tubuhnya
yang kurus dan sering terserang sakit semakin membuat beliau
bersemangat dalam menuntut ilmu, begitu pula kerisauannya yang bertambah
besar terhadap keadaan umat yang jauh daripada syariat Islam.
Besarnya
pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi
masyarakat Mewat,India tidak mendapatkan perhatian. Bahkan mereka enggan
menuntut ilmu dan suka hidup dalam kejahilan, mereka senang hidup dalam
keadaan yang sudah mereka jalani selama bertahun-tahun turun temurun.
Beliau
melihat bahawa kejahilan, kegelapan dan sekularisme yang melanda
negerinya sangat berpengaruh terhadap madrasah-madrasah. Para murid
tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana yang sepatutnya,
sehingga gelombang kejahilan semakin melanda bagaikan gelombang lautan
yang meluru deras sehingga ratusan mil membawa mereka hanyut.
Melihat
keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau
akan keadaan umat Islam terutama masyarakat Mewat. Kunjungan-kunjungan
dilakukannya bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu
belum dapat mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat Mewat.
Pada
tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji ke tanah suci Mekah.
Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui tokoh-tokoh India yang
ada di Arab untuk memperkenalkan usaha dakwah dan dengan harapan agar
usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab.
Keinginannya
yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan Ibnu Sa’ud
yang menjadi raja tanah Arab untuk mengenalkan usaha dakwah seperti
Rasulullah mulia yang dibawanya. Selama di tanah Mekah, jamaah bergerak
setiap hari dari pagi sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk
mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.
Setelah
pulang dari haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat,
masing-masing disertai jamaah dengan jumlah yang cukup besar, paling
sedikit seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu semakin
meningkat. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan
ke dua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut
beliau selalu membentuk jamaah-jamaah yang dikirimkan ke kampung-kampung
untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah seperti yang dilakukan
jemaah Tabligh sedunia) untuk menyampaikan pentingnya agama. Beliau
sepenuhnya yakin bahawa kejahilan, kelalaian serta hilangnya semangat
agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerosakan.
Dari
Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas ke Delhi,
Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat,
Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di bandar-bandar
pelabuhan banyak jamaah yang tinggal dan terus bergerak menuju
tempat-tempat yang ditujukan sepeti halnya daerah Asia Barat.
Terbentuknya
jamaah ini adalah dengan izin Allah melalui asbab kerisauan Maulana
Muhammad Ilyas, tersebarlah jamaah-jamaah yang membawa misi berganda,
iaitu islah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran
Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia.
Perkembangan
jemaah ini semakin hari semakin ketara. Banyak jamaah yang dihantar
dari tempat-tempat yang dikunjungi jamaah, kemudian membentuk rombongan
jamaah baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim
yang lain dapat terwujud. Gerakan jamaah tidak hanya tersebar di India
tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke pelbagai negara di seluruh
dunia dan Malaysia tidak terkecuali dan aku Alhamdulillah telah dipilih
Allah sebagai salah satu pejuangnya dan aku mengajak kalian agar
bergabung denganku mendakwahkan agama ini.
Buah
fikiran beliau dicurahkan dalam lembar-lembar kertas surat yang
dihimpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur Un Ki Deeni Dawat
yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil
usaha dakwah ini.
Karya
beliau yang paling nyata adalah beliau telah meninggalkan kerisauan dan
fikir atas umat Islam hari ini serta metod kerja dakwahnya yang atas
izin Allah s.w.t telah menyebar ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang
yang mengetahui keadaan umat, insya-Allah akan mengambil jalan dakwah
ini sebagai penawar dan ubat hatinya, dan akan menjadi sebab hadirnya
hidayah bagi dirinya dan orang lain.
Maulana
Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy lahir pada tahun 1303 H. (1886) di desa
Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Utar Prades, India. Ayahnya bernama
Syaikh Ismail dan Ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana
Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat
wara’. Saudaranya antara lain Maulana Muhammad yang tertua, dan Maulana
Muhammad Yahya. Sementara Maulana Muhammad Ilyas adalah anak ketiga dari
tiga bersaudara ini. Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandhahlawy juga adalah
dari keturunan Hazrat Abu Bakar As-Siddiq R.a, seorang sahabat
Rasulullah s.a.w.Maulana Muhammad Ilyas pertama kali belajar agama pada
abangnya Syaikh Muhammad Yahya, beliau adalah seorang guru agama pada
madrasah di kota kelahirannya. Abangnya adalah seorang pengikut mazhab
Hanafi dan sahabat dari seorang ulama dan penulis Islam terkenal, Syaikh
Abul Hasan Al-Hasani An-Nadwi yang merupakan seorang direktor pada
lembaga Dar Al-‘Ulum di Lucknow, India .
Ayah
beliau Syaikh Muhammad Ismail adalah seorang ruhaniawan besar yang suka
menjalani hidup dengan ber’uzhlah, berkhalwat dan beribadah, membaca
Al-Qur’an dan melayani para musafir yang datang dan pergi serta
mengajarkan Al-Qur’an dan ilmu-ilmu agama.Beliau selalu mengamalkan do’a
ma’tsur dari hadits untuk waktu dan keadaan yang berlainan. Perangainya
menyukai kedamaian dan keselamatan serta bergaul dengan manusia dengan
penuh kasih sayang dan kelembutan, tidak seorangpun meragukan dirinya.
Bahkan beliau menjadi tumpuan kepercayaan para ulama sehingga mampu
membimbing berbagai tingkat kaum muslimin yang terhalang oleh
perselisihan di antara mereka.
Adapun
ibu beliau Shafiyah Al-Hafidzah adalah seoarang Hafidzah Al-Qur’an.
Isteri kedua dari Syaikh Muhammad Ismail ini selalu menghatamkan
Al-Qur’an, bahkan sambil bekerjapun mulutnya senantiasa bergerak membaca
ayat-ayat Al-Qur’an yang ia hafal.Maulana Muhammad Ilyas sendiri mula
mengenal pendidikan pada sekolah Ibtidaiyah (dasar). Sejak saat itulah
beliau mula menghafal Al-Qur’an, hal ini disebabkan oleh kebiasaan yang
ada dalam keluarga Syaikh Muhammad Ismail yang kebanyakan dari mereka
adalah hafidzh Al-Qur’an. Sehingga diriwayatkan bahawa dalam solat
berjama’ah separuh saff bagian depan semuanya adalah hafidzh terkecuali
muazzin saja.
Sejak
kecil telah tampak ruh dan semangat agama dalam dirinya, beliau memilki
kerisauan terhadap umat, agama dan dakwah. Sehingga ‘Allamah Asy-Syaikh
Mahmud Hasan yang dikenal sebagai Syaikhul Hind (guru besar ilmu hadits
pada madrasah Darul ‘Ulum Deoband) mengatakan, “sesungguhnya apabila
aku melihat Maulana Ilyas aku teringat akan kisah perjuangan para
sahabat”. Pada suatu ketika saudara keduanya, iaitu Maulana Muhammad
Yahya pergi belajar kepada seorang ‘alim besar dan pembaharu yang
ternama yakni Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan
Saranpur, Utar Pradesh, India. Maulana Muhammad Yahya belajar
membersihkan diri dan menyerap ilmu dengan bimbingan Syaikh Rasyid. Hal
ini pula yang membuat Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada
Syaikh Rasyid sebagaimana abangnya. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan
untuk belajar agama menyertai abangnya di Gangoh. Akan tetapi selama
tinggal dan belajar di sana Maulana Ilyas selalu menderita sakit. Sakit
ini ditanggungnya selama bertahun-tahun lamanya, tabib Ustadz Mahmud
Ahmad, anak dari Syaikh Gangohi sendiri, telah memberikan ubat dan
rawatan pada beliau.Sakit yang dideritanya menyebabkan kegiatan
belajarnya pun terganggu, akan tetapi beliau tidak berputus asa. Banyak
yang menyarankan agar beliau berhenti belajar untuk sementara waktu,
beliau menjawab, ”apa gunanya aku hidup jika dalam kebodohan”.
Dengan
izin Allah SWT, Maulana pun menyelesaiakan pelajaran Hadits Syarif,
Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari, dan dalam jangka waktu empat bulan
beliau sudah menyelesaikan Kutubus Sittah . Tubuhnya yang kurus dan
sering terserang sakit semakin membuat beliau bersemangat dalam menuntut
ilmu, begitu pula kerisauannya yang bertambah besar terhadap keadaan
umat yang jauh dari Syari’at Islam.
Ketika
Syaikh Gangohi wafat pada tahun 1323 H, beliau baru berumur dua puluh
lima tahun dan merasa sangat kehilangan guru yang paling dihormati. Hal
ini membuatnya semakin taat beribadah pada Allah. Beliau menjadi pendiam
dan hanya mengerjakan ibadah, zikir, dan banyak mengerjakan amal-amal
infiradi . Maulana Muhammad Zakariya menuliskan:Pada waktu aku mengaji
sebuah kitab kepada beliau, aku datang padanya dengan kitab pelajaranku
dan aku menunjukkan tempat pelajaran dengan jari kepadanya. Tetapi
apabila aku salah dalam membaca, maka beliau akan memberi isyarat
kepadaku dengan jarinya agar menutup kitab dan menghentikan pelajaran.
Hal itu beliau maksudkan agar aku mempelajari kembali kitab tersebut,
kemudian datang lagi pada hari berikutnya .
Beliau
akhirnya berkenalan dengan Syaikh Khalid Ahmad As-Sharanpuri, penulis
kitab Bajhul Majhud Fi Hilli Alfazhi Abi Dawud, dan akhirnya beliau
berguru kepadanya. Semakin bertambah ilmu yang dimiliki membuat beliau
semakin tawaddu'. Ketawaddukan beliau di usia mudanya menyebabkan beliau
dihormati di kalangan para Ulama dan Masyaikh. Syaikh Yahya, abang
kandung beliau sendiri tidak pernah memperlakukan beliau sebagai anak
kecil, bahkan Syaikh Yahya sangat menghormati beliau.
Pada
suatu ketika di Kandhla ada sebuah pertemuan yang dihadiri oleh
ulama-ulama besar, di antaranya terdapat nama Syaikh Abdurrahman
Ar-Raipuri, Syaikh Khalil Ahmad As-Sharanpuri, dan Syaikh Asyraf Ali
At-Tanwi. Waktu itu tiba waktu sholat Asar, mereka meminta Maulana Ilyas
untuk mengimami solat tersebut. Ustadz Badrul Hasan salah seorang di
antara keluarga besar tersebut berkata, “alangkah panjang dan beratnya
kereta api ini, namun alangkah ringan lokomotifnya”, kemudian salah
seorang diantara hadirin menjawab,” tetapi lokomotif yang kuat itu
justeru keranana ringannya”.
Akibat
kematian abangnya, Maulana Muhammad Yahya, pada 9 Ogos 1925, beliau
mengalami goncangan batin yang cukup berat. Dua tahun setelah itu,
menyusul abangnya yang tertua, Maulana Muhammad. Beliau meninggal di
Masjid Nawab Wali, Qassab Pura dan dimakamkan di Nizamuddin. Kematian
Maulana Muhammad ini mendapat perhatian dari masyarakat sekitarnya.
Beribu orang menziarahi jenazahnya. Setelah dimakamkan orang ramai
meminta kepada Maulana Ilyas untuk menggantikan abangnya di Nizamuddin
padahal pada waktu itu beliau sedang menjadi salah seorang pengajar di
Madrasah Mazhahirul ‘Ulum. Masyarakat bahkan menjanjikan dana bulanan
kepada madrasah dengan syarat agar dapat diamalkan seumur hidupnya.
Pada
akhirnya, setelah mendapat izin dari Maulana Khalil Ahmad dengan
pertimbangan jika tinggalnya di Nizamuddin membawa manfaat maka Maulana
Ilyas akan diberi kesempatan untuk berhenti mengajar. Beliau pun
akhirnya pergi ke Nizamuddin, ke madarasah warisan ayahnya yang kosong
akibat lama tidak dihuni. Dengan semangat mengajar yang tinggi beliaupun
akhirnya membuka kembali madrasah tersebut.Kerana semangat yang tinggi
untuk memajukan agama, beliaupun mendirikan Maktab di Mewat, tetapi
keadaan sekitar dan suasana menyebabkan masyarakatnya lebih menyukai
anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke sawah daripada ke Madrasah atau
Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Oleh yang demikian,
Maulana Ilyas terpaksa meminta orang Mewat untuk menyiapkan anak-anak
mereka untuk belajar dengan pembiayaan yang akan ditanggung oleh Maulana
sendiri.
Besarnya
pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi
masyarakat Mewat tidak mendapatkan perhatian. Bahkan mereka enggan
menuntut ilmu, mereka senang hidup dalam keadaan yang sudah mereka
jalani selama bertahun-tahun turun temurun. Beliau melihat bahawa
kejahilan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat
berpengaruh terhadap madrasah-madrasah. Para murid tidak mampu
menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana yang sepatutnya, sehingga
gelombang kejahilan semakin melanda bagaikan gelombang lautan yang
meluru deras sehingga ratusan mil membawa mereka hanyut. Tetapi,
masyarakat tetap masih belum memiliki semangat agama. Kebanyakan mereka
tidak begitu berminat untuk mengirimkan anak-anak mereka untuk belajar
ilmu di Madrasah. Hal ini disebabkan mereka tidak tahu pentingnya ilmu
agama, mereka pun tidak menaruh hormat pada lulusan Madrasah yang telah
memberikan penerangan dan dakwah. Orang Mewat pun tidak mahu mendengar
apatah lagi untuk mengikutinya. Madrasah-madrasah yang ada itu masih
tidak mampu mengubah warna dan gaya hidup masyarakat .
Melihat
keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau
akan keadaan umat Islam terutama masyarakat Mewat. Kunjungan-kunjungan
diadakan bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum
dapat mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat Mewat.
Dengan
izin Allah timbullah keinginannya untuk mengirimkan jama’ah dakwah ke
Mewat. Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji yang ketiga ke
tanah suci Makkah. Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui
tokoh-tokoh India yang ada di Arab untuk memperenalkan usaha dakwah dan
dengan harapan agar usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab.
Keinginannya yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan
Ibnu Sa’ud yang menjadi raja tanah Arab untuk mengenalkan usaha mulia
yang dibawanya. Selama di tanah Makkah Jama’ah bergerak setiap hari dari
pagi sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang
taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.Setelah pulang dari
haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing
disertai jama’ah dengan jumlah yang cukup besar, paling sedikit seratus
orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu semakin meningkat. Kunjungan
pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan ke dua dilakukan
hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu
membentuk jama’ah-jama’ah yang dikirimkan ke kampung-kampung untuk
berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah) guna menyampaikan pentingnya
agama . Beliau sepenuhnya yakin bahwa kejahilan, kelalaian serta
hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber
kerosakan.
Adapun
satu-satu jalan adalah memujuk orang-orang Mewat agar keluar dari
kampung halamannya untuk memperbaiki diri dan belajar agama, serta
melatih kebiasaan-kebiasaan yang baik sehingga tumbuh kesadarannya untuk
mencintai agama lebih daripada dunia dan mementingkan amal dari mal
(harta). Dari Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas ke
Delhi, United Province, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar,
Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga
di bandar-bandar pelabuhan banyak jama’ah yang tinggal dan terus
bergerak menuju tempat-tempat yang ditujukan sepeti halnya daerah Asia
Barat .
Terbentuknya
jama’ah ini adalah dengan izin Allah melalui asbab kerisauan Maulana
Muhammad Ilyas, menyebarlah jama’ah-jama’ah yang membawa misi berganda
yaitu islah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran
Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Perkembangan jama’ah ini semakin
hari semakin ketara. Banyak jama’ah yang dihantar dari tempat-tempat
yang dikunjungi jama’ah pun ada yang kemudian membentuk rombongan
jama’ah baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim
yang lain dapat terwujud. Gerakan jama’ah tidak hanya tersebar di India
tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke barbagai negara.
Hanya
kekuasaan Allah yang dapat memakmurkan dan membesarkan usaha
ini.Kerisauan akan keadaan umat semakin bertambah, jama’ah-jama’ah
banyak dibentuk dan dihantar ke pelosok jazirah. Sehingga dengan izin
Allah usaha ini pun semakin meluas. Maulana Muhammad Ilyas tanpa henti
terus memberi dorongan dan arahan ilmu dan pemikirannya untuk
menjalankan usaha dakwah ini agar sampai ke seluruh alam. Dalam keadaan
umur yang tua, Maulana terus bersemangat hingga tubuhnya yang kurus
tidak mampu lagi untuk digerakkan ketika beliau menderita sakit.
Pada
hari terakhir dalam sejarah hidupnya Maulana mengirim utusan kepada
Syaikhul Hadits Maulana Zakariya, Maulana Abdul Qodir Raipuri, dan
Maulana Zafar Ahmad, bahwa beliau akan mengamanahkan kepercayaan sebagai
amir jama’ah kepada sahabat-sahabatnya seperti Hafidz Maqbul Hasan,
Qozi Dawud, Mulvi Ihtisamul Hasan, Mulvi Muhammad Yusuf, Mulvi Inamul
Hasan, Mulvi Sayyid Raza Hasan. Pada saat itu terpilihlah Mulvi Muhammad
Yusuf sebagai pengganti Maulana Muhammad Ilyas dalam memimpin usaha
dakwah dan tabligh .Pada sekitar bulan Julai 1944 beliau jatuh sakit
yang cukup parah, beliau hanya berbaring di tempat tidur dengan ditemani
para pembantu dan muridnya. Keadaan tubuhnya yang telah lemah merupakan
bukti nyata bahwa beliau bersungguh-sungguh menghabiskan waktu
berdakwah Khuruj Fi Sabilillah mengembara dari satu tempat ke tempat
lain bersama dengan jama’ah untuk mendakwahkan kebesaran Allah dan
kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah.
Pada
tanggal 13 Julai 1944, Maulana telah siap untuk menempuh perjalanannya
yang terakhir. Beliau bertanya kepada salah seorang yang hadir, “apakah
besok hari Khamis?”, yang di sekelilingnya menjawab,”Benar”, kemudian
beliau berkata lagi, “Periksalah pakaianku, apakah ada najisnya atau
tidak”, yang disekelilingnya berkata bahwa pakaian yang dikenakannya
masih dalam keadaan suci. Kemudian beliau turun dari tempat pembaringan,
berwudhu dan mengerjakan solat Isyak dengan berjama’ah. Beliau berpesan
kepada orang-orang agar memperbanyak zikir dan do’a pada malam itu.
Beliau berkata,”Yang ada di sekelilingku ini pada hari ini hendaklah
menjadi orang-orang yang dapat membezakan antara perbuatan syaitan dan
perbuatan malaikat Allah”.
Pada
pukul 12 malam beliau pengsan dan sangat gelisah, doktor segera
dipanggil dan ubat pun segera diberikan, kata-kata "Allahu Akbar" terus
keluar dari mulutnya ketika malam telah menjelang pagi, beliau mencari
anaknya Maulana Muhammad Yusuf dan Maulana Ikromul Hasan. Ketika
dipertemukan beliau berkata, "kemarilah kalian, aku ingin memeluk, tidak
ada lagi waktu setelah ini, sesungguhnya aku akan pergi”.
Akhirnya
Maulana menghembuskan nafas terakhirnya, beliau pulang ke Rahmatullah
sebelum azan Shubuh. Seorang pengembara yang amat lelah yang mungkin
tidak pernah tidur dengan tenang, kini sampai ke tempat tujuannya.
.Beliau tidak banyak meninggalkan karya-karya tulisan tentang
kerisauannya akan keadaan umat.
Buah
fikiran beliau dicurahkan dalam lembar-lembar kertas surat yang
dihimpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur Un Ki Deeni Dawat
yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil
usaha dakwah ini. Karya beliau yang paling nyata adalah beliau telah
meninggalkan kerisuaan dan fikir atas umat Islam hari ini serta metod
kerja dakwahnya yang atas izin Allah SWT telah menyebar ke seluruh
pelosok dunia. Orang-orang yang mengetahui keadaan umat, Insya Allah
akan mengambil jalan dakwah ini sebagai penawar dan ubat hatinya, dan
akan menjadi sebab hadirnya hidayah bagi dirinya dan orang lain.
Prinsip dan Usaha Membangun Tradisi Dakwah
Dakwah
merupakan masalah yang paling penting dalam mengembalikan kejayaan umat
Islam. Kesan dakwah pada saat ini tidaklah sepenting yang digariskan,
dan seakan sudah tidak ada lagi dalam fikiran orang-orang Islam yang
hidup pada zaman ini. Orang-orang Islam mungkin lupa bahwa risalah
kenabian dan kerasulan telah ditutup oleh Allah SWT. Sementara agama
Islam yang menjadi jalan keselamatan harus sampai kepada generasi
terakhir umat manusia yang tidak seorangpun mengetahui bila berakhirnya.
Sering diungkapkan dalam riwayat-riwayat tentang penyakit umat-umat
nabi terdahulu yang pada saat ini dapat kita lihat sendiri.
Maka
menjadi tugas umat Islam sebagai pewaris tugas kenabian untuk
mendakwahkan agama Allah SWT hingga generasi terakhir dari peradaban
manusia.Dalam pandangan Maulana Muhammad Ilyas dakwah merupakan
kewajiban umat Nabi Muhammad saw. Pada prinsipnya setiap orang yang
mengaku mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW tentulah memiliki kewajiban
mendakwahkan ajarannya, yaitu agar selalu taat kepada Allah dengan cara
yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Menjadikan dakwah sebagai
maksud hidup untuk mencapai puncak pengorbanan merupakan tujuan yang
harus dicapai setiap individu pendakwah yang mengerti keadaan umat Islam
saat ini. Sebagaimana halnya para sahabat nabi yang dalam riwayat
banyak dikisahkan tentang pengorbanan mereka terhadap agama Allah SWT,
sehingga Allah memberikan kemulian dan kesempurnaan amal agama dan
kehidupan yang tidak hanya berfokus pada ibadah semata melainkan
mencakupi semua bidang kehidupan berupa politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan.
Pada
awal perkembangannya yang sedemikian terbatas, Islam mampu menguasai
belahan dunia pada saat itu dengan menundukkan Romawi dan Parsi serta
menyebarkan ilmu pengetahuan ke seluruh belahan dunia. Hal ini merupakan
bukti tentang besar dan megahnya Islam dengan generasi yang berpegang
teguh pada ajarannya. Hal inilah yang dikehendaki Maulana agar dapat
diwujudkan kembali di kalangan umat Islam. Maulana menghabiskan masa
hidupnya untuk berdakwah, mengajarkan prinsip dakwah yang hakiki yakni
bahwa setiap diri yang mengaku sebagai umat Islam mempunyai kewajiban
berdakwah, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.
Dalam
salah satu suratnya yang ditujukan pada Syaikh Muhammad Zakariya,
beliau menulis: "Aku ingin agar fikiran, hari, kekuatan dan waktuku
hanya aku gunakan demi cita-citaku ini saja. Bagaimana aku dapat bekerja
selain dari kerja dakwah dan tabligh, sedangkan aku melihat ruh Nabi
SAW bersedih akibat perilaku buruk umatnya, lemah agama dan aqidah,
merosot, dan hina serta tidak adanya kejayaan bahkan telah lama digilas
kekufuran". Kerisauan yang mendalam akan keadaan umat inilah yang
menyebabkan beliau berkeinginan kuat untuk terus berdakwah mengajak
orang taat kepada Allah dan menyampaikan kebesaran Allah dengan
manifestasi menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Melalui
segala macam usaha yang dilakukan oleh beliau dengan fikiran dan
kerisauan akhirnya terbentuklah jama’ah-jama’ah yang berkeinginan
mendakwahkan kembali ajaran Nabi Muhammad saw kepada umatnya.Membebankan
kewajiban bertabligh (amar ma’ruf nahi munkar) semata-mata pada
kalangan ulama adalah sebagai tanda adanya kebodohan pada diri kita.
Tugas ulama adalah mengajarkan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar
akan pemahaman terhadap agama. Sedangkan memerintahkan berbuat kebajikan
di antara khalayak dan mengusahakan supaya mereka menuju jalan yang
benar adalah tanggung jawab semua orang Islam . Sementara Dr. Sayyid
Muhammad Nuh dalam tulisannya menegaskan: Laju perjalanan umat Islam
saat ini jauh tertinggal di belakang, setelah sebelumnya berada di
barisan paling depan.
Banyak
sebab yang menjadikan kaum muslimin dalam keadaan seperti ini, di
antara sebab utama adalah meninggalkan kewajiban dakwah, amar ma’ruf
nahi munkar dan jihad fi Sabilillah. Semua ini berangkat dari kesalahan
persepsi umat dalam memandang kewajiban ini. Masih banyak yang memahami
bahawa dakwah adalah kewajiban ulama saja, terbatas dalam bentuk
ceramah, khutbah dan mau’idzhah saja. Sementara itu, sebahagian dari
mereka ada yang memahami dakwah ini merupakan kewajiban yang berlaku
atas setiap individu muslim, namun mereka melakukannya tanpa disertai
pemahan yang baik terhadap manhaj dakwah nabawiyah dan rambu-rambu
Al-Qur’an .
Jauh
sebelum itu Maulana Muhammad Ilyas telah memikirkan keadaan ini,
sehingga keinginannya yang telah bersatu dengan kerisauannya akan
keadaan umat Islam yang dilihatnya, membuatnya mencurahkan hidupnya
untuk kerja dakwah. Bahkan Maulana Muhammad Ilyas mulai membangun
tradisi dakwah yang ia mulai dengan membentuk jama’ah-jama’ah dakwah
yang dihantar ke tempat-tempat tertentu, bahkan dipimpin langsung oleh
beliau. Dengan tenaga dan kerisauan yang ada beliau berusaha mengenalkan
kewajiban dakwah pada umat Islam dan membangun tradisi tersebut agar
semua dapat melaksanakan jalan dakwah ini.Membangun tradisi dakwah
diantara keadaan umat yang jauh dari agama, seperti di Mewat tidaklah
semudah yang dibayangkan.
Dalam
keadaan yang penuh dengan kesesatan dan kejahilan masyarakat, Maulana
Muhammad Ilyas terpanggil untuk mengajak mereka kembali kepada Allah dan
Rasul-Nya. Terlebih lagi masyarakat yang masih kuat memegang syariat
agama. Beliau sangat menyadari bahawa Rasulullah bukanlah orang yang
mementingkan diri sendiri, beliau selalu memikirkan umatnya, merisaukan
keadaan umatnya di kemudian hari. Sehingga dalam riwayat di beritakan
bahwa ketika ajal beliau datang, dengan tersekat-sekat masih menyebut
umatnya. Fikiran itulah yang selalu muncul dalam benak Maulana, bahwa
dakwah hari ini adalah bagaimana mengajak umat kembali kepada jalan
Allah dan Rasulnya.Berdasarkan pengalaman dan pemikiran yang panjang,
Maulana melihat bahawa para petani Mewat yang miskin tidak mungkin dapat
meluangkan waktunya untuk belajar agama, sedangkan mereka masih berada
di tengah-tengah lingkungan dengan segala kesibukannya. Bahkan dalam
jangka waktu yang pendek yang dapat mereka berikan itu, tidak dapat
diharapkan agar mereka dapat memperoleh kesan yang dalam dari
ajaran-ajaran agama yang telah mereka peroleh, serta memiliki semangat
agama sebagaimana yang diharapkan yang dapat mengubah cara hidup mereka.
Sesungguhnya tidak mungkin meminta mereka supaya semuanya untuk ke
madrasah. Namun juga tidak tepat berangan-angan bahwa hanya dengan
sekadar nasihat dan ceramah akan mengubah kehidupan mereka dari
cara-cara jahiliyah kepada cara-cara Islam, baik dalam perangai,
tradisi, maupun pola berfikir .
Peranan
Maulana Muhammad Ilyas dalam menggerakkan masyarakat Mewat yang
jahiliyah itu menyebabkan tumbuhnya suasana agama yang mempengaruhi
kehidupan masyarakat. Suasana agama inilah yang diperlukan guna
menstimulasi berkembangnya masyarakat yang Islami yang mengikuti
kehidupan rasul dan para sahabat. Jama’ah-jama’ah dari masyarakat pun
dibentuk untuk dikirim ke beberapa tempat agar dapat memperbaiki diri
dalam suasana agama, dengan perbekalan seadanya dan semangat untuk
menyebarkan dan mensuasanakan agama. Datangnya Ramadhan dan cahayanya
telah menyinari hati manusia, Maulana Ilyas pun meminta para sahabatnya
agar menyiapkan jama’ah untuk dikirim ke Kandhla. Padahal mereka tahu
bahwa Kandhla merupakan pusat ilmu dan banyak terdapat rohaniawan. Tentu
saja mereka berkeberatan untuk menyampaikan seruan agama tersebut.
Apalagi jama’ah itu adalah orang-orang yang jahil, sungguh ini merupakan
suatu yang aneh. Namun akhirnya terbentuklah jama’ah yang terdiri dari
sepuluh orang Mewat yang dipimpin oleh Hafidzh Maqbul Hasan.
Jama’ah
ini bertolak dari Delhi menuju ke Kandhla setelah hari raya. Jama’ah
mendapatkan sambutan yang menyenangkan .Jama’ah pertama yang dikirim
menyebabkan bertambahnya semangat beliau dalam membangun tradisi dakwah
di kalangan masyarakat. Daerah-daerah lain pun mulai difikirkannya.
Gerak jama’ah sangat penting ertinya bagi upaya mengubah pola hidup
masyarakat. Bagaimanapun keadaannya, beliau tetap berharap dapat
mengirimkan jama’ah-jama’ah serupa ke berbagai tempat lainnya. Jama’ah
kedua dikirim ke Raipur, kemudian mengadakan ijtima’ (berkumpul) di
Chatora hingga terbentuk jama’ah lagi hingga dikirim ke Sonepar,
Panipat, dan daerah sekitarnya. Begitulah perkembangan yang terjadi di
daerah Mewat dan sekitarnya.Beliau sepenuhnya meyakini bahwa kejahilan,
kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang
menjadi sumber kerosakan. Adapun satu-satunya jalan keluar adalah
memujuk orang-orang Mewat supaya keluar (dari kampung halamannya) guna
memperbaiki diri, belajar agama, dan melatih kebiasaan yang baik hingga
tumbuh kesadarannya untuk lebih mencintai agama daripada dunia, dan
mementingkan amal daripada mal (harta) .
Maulana
bercita-cita mewujudkan satu generasi yang benar-benar mau berkorban
untuk agama, seperti berkorbannya para sahabat dahulu. Jika sehari-hari
mereka berkorban waktu, harta, dan diri mereka untuk keduniaan, maka
mereka pun harus berusaha untuk berkorban dengan diri, harta dan waktu
mereka untuk agama. Menjadi hal yang biasa bahawa segala sesuatu yang
diperoleh melalui pengorbanan akan sangat dicintai.Lambat laun suasana
di Mewat semakin berubah. Bahkan perubahan tersebut makin tampak pada
cara hidup dan tradisi mereka. Mewat menjadi tanah gembur dan subur yang
apabila tanaman dakwah Islamiyah dan pengajaran hukum-hukum agama
ditanamkan akan tumbuh, berkembang dan berbuah di tempat tersebut .
Perkembangan yang terjadi di Mewat adalah perkembangan yang mengesankan,
Mewat yang pada mulanya dilingkupi jahiliyah kini telah berubah menjadi
pusat dakwah dan siar agama. Usaha Maulana Muhammad Ilyas yang pertama
adalah menanamkan iman dan keyakinan yang benar terhadap Allah SWT
dengan cara yang telah dicontohkan Rasulullah SAW. Kemudian beliau
menyampaikan keutamaan-keutamaan beramal dan kerugian meninggalkannya
serta mengajak umat Islam untuk berkorban, meletakkan diri, harta dan
waktunya di jalan Allah.
Sampai
akhir hayatnya beliau tetap mencurahkan perhatiannya pada usaha dakwah
ini. Bahkan setelah berkembang di India, usaha dakwah ini berkembang ke
seluruh dunia. Hingga saat ini negara-negara di beberapa berlahan benua
telah memiliki amal jama’ah dakwah. Mereka terus bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain untuk mengajak manusia kembali kepada tugas
utama sebagai hamba Allah yang sudah seharusnya mengabdikan diri dengan
segenap jiwa dan raga serta sebagai umat Nabi yang terakhir Muhammad saw
yang mempunyai tugas dakwah beramar ma’ruf nahi munkar.
[1]Riwayat
Hidup maulana Muhammad Ilyas diambil dari buku karangan Sayyid Abul
Hasan Ali-Nadwi, (1999), Riwayat Hidup Dan Usaha Dakwah Maulana Muhammad
Ilyas, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 5-18
[2]lihat, H.A. Hafizh Dasuki (et al), (1993), Ensiklopedi Islam Vol. S1-1, Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, hlm. 266
[3]Kutubus
Sittah berarti kitab yang enam yaitu kitab-kitab hadits yang telah
dijadikan standard para ulama dan kaum muslimin untuk menjadi hujjah
bagi persoalan-persoalan agama diantaranya adalah Shahih Bukhari, Shahih
Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa’i, dan Sunan Ibnu
Majjah.
[4]Infiradi
berasal dari kata faroda yang dalam bahasa arab berarti sendiri, yang
dimaksudkan adalah beramal secara sendiri atau tidak berjama’ah
[5]Sayyid Abul Hasan Ali Nadwi, op. cit., hlm. 14
[6]Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadwi, op. cit., hlm. 39-40
[7]Ibid, hlm. 43-44
[8]Tutus Hendrato, op. cit., hlm. 22-23
[9]Ibid, hlm. 24
[10]Sayyid Abul hasan Ali- Nadwi, op. cit., hlm. 127-128
[11]Ibid, hlm. 145
[12]Maulana Ihtisamul Hasan Kandhalawi, (1998), Keruntuhan Umat Islam Dan Cara Mengatasinya, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 23
[13]Sayyid Muhammad Nuh, (1996), Dakwah Fardiyah, Dalam Manhaj Amal Islami, Solo: Citra Islami Press, hlm. 9
[14]Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, loc. cit., hlm 44
[15]Ibid, hlm. 47
[16] Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, op. cit., 45-46
[17]Ibid, hlm. 51
|
Komentar
Posting Komentar