Ibrahim ar-Rasyid

Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid – (1813-1874) radhiAllahu 'anhu
Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim Al-Rashid radhiAllahu 'anhu telah dilahirkan pada pertengahan Rejab tahun 1813 Masihi (1228 H) di waliyah Duwaih Sudan. (berhampiran dengan al-Khourtum)
Map of Sudan
Nama penuh beliau adalah Ibrahim ibn Soleh al-Qahnibi ibn Abdur Rahman Qalubah ibn Muhammad ibn Haj ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Uwais ibn Muhammad ibn Bisyarah ibn Habib ibn Duwaih ibn Sultan ibn Ghulamullah al-Akbar ibn Maqbul ibn ‘Abdul ibn al-Imam al-Hammam Ahmad al-Zaila’I ibn ‘Umar al-Haddad ibn Muslim ibn Saiyidina ‘Aqil ibn Abu Talib (abang kepada Saiyidina ‘Ali ibn Abu Talib) radhiAllahu 'anhu[1] Gelaran Ar-Rashid itu diberikan kepada beliau kerana beliau telah dikurniakan Allah keistimewaan menjadi ulama dan mengetahui segala ilmu haqaid, padahal umurnya masih muda lagi.

Beliau telah tinggal di Sabya selama 5 tahun dan 5 bulan untuk belajar dan berkhidmat kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu. Beliau merupakan salah satu murid al-Imam Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Idris radhiAllahu 'anhu yang termuda. Hubungan beliau dengan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dikatakan sangat rapat dan istimewa. Dikatakan bahawa Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu wafat dalam keadaan kepalanya terletak di atas lutut Sayyid Ibrahim Ar-Rashid radhiAllahu 'anhu (adapun dikatakan peha atau dada menurut sesetengah riwayat yg lain). [2] Maka setelah wafat Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu, tampil-lah Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rashid radhiAllahu 'anhu mewarisi tempatnya pengasas Tariqah Ahmadiah. Beliau mempunyai segala kelakuan dan rahsia tariqah ini. [3] 

Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu juga mendapat nikmat penghormatan berhimpun dengan Rasulullah s.a.w. Dalam pertemuan itu, Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu telah menerima beberapa amalan dzikir daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam. Maka apa-apa amalan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu yang tidak ada pada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu, adalah merupakan perjalanan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim radhiAllahu 'anhu yang telah menerima amalan-amalan itu daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam tanpa perantaraan. [4] Maka bertambahlah nisbah tariqah ini dengan At-Tariqah Al-Ahmadiah Ar-Rashidiah.

Al-Qutb al-Wahid Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rashid radhiAllahu 'anhu wafat ketika berusia 63 tahun pada hari Ahad selepas ‘Asr pada tanggal 9 Syaaban 1874 Masihi (1291 H). [5] Beliau telah dikebumikan pada malam 10 Syabaan di kawasan perkuburan Ma’la di Makkah setelah disembahyangkan di Masjidil Haram.[6]



_____________________________________
[1] Sayyid Muhammad Khalil al-Hajrasi, al-Qasr al-Mashid. Juga lihat Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu,  Setengah daripada Manaqib, (Seremban: Sungai Ujung Press, 1854), ms 41-43
[2] J.S. Trimingham, Islam in the Sudanop. cit., dalam bahasa Inggeris ms 231
[3] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhuFaraid al-Ma’thir al-Marwiyah li al Tariqah al-Ahmadiyah al-Rasyidiyah al-Dandarawiyah, dalam tulisan Jawi pada Pendahuluan ms 39              
[4] Hamdan Hassan, Tarekat Ahmadiyah Di Malaysia Suatu Analisis Secara Ilmiah, (1990) cetakan Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 40                                                                   
[5] Tuan Shaykh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Sayyid Ibrahim Al Rasyid, (2004) radhiAllahu 'anhu cetakan Abnak Printing, ms 88
[6] Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu, 1354H/1935M. Majmuk, al-Ahmadiyah Press, Singapura, (Jawi), ms 66

Komentar

Postingan populer dari blog ini

MANAQIB/BIOGRAFI

Mahabbah kepadah Awliya dan Shalihin